Graduan baru : Gaji RM2500 tak cukup?

Zaman sekarang merupakan zaman yang agak ‘menekan’ jiwa dan raga kita semua. Saya pasti anda juga akan bersetuju dengan kenyataan saya ini.

Mana tidaknya, dengan isi-isu ekonomi semasa yang makin hari makin menjadi-jadi. Tentu anda sendiri dah mula ‘naik muak’ dengan berita-berita terkini yang terpampang di dada akhbar dan kaca TV mengenai kos sara hidup yang kian meningkat.

Tarif elektrik dah naik, kadar tol dah naik, harga-harga barang-barang runcit makin mahal, harga minyak petrol pun memang nampak tak turun-turun harganya. Senang kata, sekarang ini semuanya mahal belaka dan kenaikan gaji pula adalah sangat perlahan.


Menurut laporan daripada EPF (Employees' Provident Fund) atau KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), data menunjukkan bahawa 78.6% rakyat Malaysia berpendapatan RM3000 atau kurang, manakala 12.4% berpendapatan antara RM3000-RM5000, dan 6% berpendapatan antara RM5000-RM10000.

Graduan baru merupakan salah satu golongan yang turut merasa economy pressure dek kenaikan kos sara hidup. Mojoriti gaji fresh graduate untuk kelulusan degree pada hari ini adalah antara RM1800-RM2500 iaitu berada dalam golongan 78.6%. 

Persoalannya, cukup ka dengan gaji RM2500?

Nanti ada pula yang cakap pada saya,"Eh, abang saya baru dapat kerja, dia dapat gaji RM3000 lebih."

Jadi, saya jawab siap-siap lah: Saya ambil majoriti, bukannya individu.

Dan nanti ada pula yang tambah, "Ala, baru mula kerja, tak kan lah nak gaji terus RM5000!"

Jadi, lagi sekali saya jawab siap-siap: Masalahnya sekarang ni gaji yang sedia ada tidak mencukupi. Kalau setakat ada gaji, tapi habis bulan itu sahaja, dah tu, bila nak ada simpanan? aset?

Ok, senang cerita, jom lihat perbandingan yang dibuat oleh saudara Anas.

"Satu lagi isu besar ialah kuasa membeli rakyat.  Pendapatan tinggi semata-mata tidak semestinya diterjemahkan ke dalam kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik sekiranya pendapatan tinggi tidak boleh memberi rakyat kuasa membeli yang tinggi. Analisis mudah akan menunjukkan bagaimana seorang graduan pada 1980 mempunyai kuasa membeli lebih tinggi dibandingkan dengan graduan pada hari ini.  Dengan anggaran gaji asas RM1,000 seorang graduan boleh memiliki sebuah Opel Gemini berharga RM12,400 atau 12 bulan gajinya dan membeli sebuah rumah yang baik, mungkin di Taman Tun, berharga RM62,000 atau 56 bulan gajinya.
Hari ini, dengan bayaran pokok sebanyak RM2,500 atau hanya 2.5% tinggi daripada graduan tahun 1980, sebuah Mazda 6 sekarang berharga RM178,000 atau lebih kurang 71 bulan gaji bulanannya dan sebuah rumah yang baik jauh di luar Kuala Lumpur, katakan di Nilai yang berharga RM350,000 atau 140 bulan gaji bulanannya.  Kos sara hidup telah meningkat dengan sangat tidak masuk akal dan kuasa membeli seorang pekerja secara puratanya telah berkurangan dengan sangat nyata."Anas Alam Faizli (penulis buku Malaysia Kaya, Rakyat Miskin)

*Untuk pembacaan penuh artikel, klik sini.
Dan ini adalah berita Kosmo online bertarikh 15/4/2014 . Hampir 77% siswazah baru yang bekerja tiada wang simpanan. Ini menunjukkan gaji yang diperolehi setiap bulan tidak mencukupi atau mungkin hanya mencukupi untuk bulan itu sahaja. Itu pun kalau mengurus kewangan dengan baik dan berjimat cermat.

Untuk pembacaan penuh, klik sini.
Kesimpulan

Jadi, mahasiswa yang sedia ada di setiap institut pengajian tinggi, perlulah sedar bahawa kehidupan selepas tamat pengajian adalah sangat mencabar untuk generasi sekarang ini. Dan mahasiswa juga perlu sedar, majoriti yang baru tamat belajar di universiti untuk menempuh alam pekerjaan bukannya bermula dengan status kewangan kosong, tetapi bermula dengan status kewangan negatif, iaitu -RM(jumlah pinjaman).

Oleh itu, bagi pendapat saya, mahasiswa pada hari ini bukan sahaja perlu membuat persiapan dari sudut ilmu untuk alam pekerjaan nanti, malah juga perlu membuat persiapan dari sudut ekonomi diri untuk menempuh alam selepas belajar. Buatlah sesuatu yang bermanfaat selama belajar bertahun-tahun di universiti selain daripada belajar.

*Bacaan untuk mahasiswa UTHM : Potensi Perniagaan Di Sekitar UTHM

"Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak
belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita
menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar
cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan
wang bekerja untuk kita.

Robert T. Kiyosaki


0 comments:

Post a Comment

Penafian :

Anda sama sekali tidak dipaksa untuk bersetuju dengan segala isi kandungan di dalam blog ini. Setiap daripada kita memiliki ilmu, pengalaman, kemahiran, dan juga cara berfikir yang sudah tentunya berbeza. :-)