Salahkah lelaki berambut panjang?

Bagi kebanyakan lelaki, rambut merupakan salah satu aset diri yang penting. Tetapi, persoalannya, salah atau tidak untuk lelaki berambut panjang?




Dulu, semasa di sekolah rendah, aku langsung tak kisah sama ada rambut aku pendek atau pun panjang. Tetapi bila masuk sekolah menengah, keinginan untuk berambut panjang tu ada. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin nampak macho kot? Haha.

Masa tu, aku adalah antara pelajar yang berambut panjang. Tapi tak lah panjang macam sekarang ni. Cuma lebih panjang daripada pelajar yang lain. Bila masuk kolej matrikulasi, makin lebih sikit panjang tu. Lagi panjang daripada rambut semasa di sekolah menengah. Biasalah, kat matrikulasi, tak ada lagi spot check lepas perhimpunan pagi macam kat sekolah. So, bebas lah sikit. :D

Sekarang, kat universiti, agak panjang lah juga. Boleh kata, satu semester sekali ja aku potong rambut aku ni. Biasanya aku potong sebelum study week. Tapi sebenarnya, aku tak potong banyak mana pun. Lebih kepada kemaskan ja rambut aku ni. Bagi tak terlebih panjang. Tak lah nampak ketara sangat dalam dewan exam nanti.

Jadi, dalam entry kali ni, aku nak menyampaikan rasa tak puas hati tentang "rambut panjang" ni. Panjang kat sini bukan bermaksud panjang sampai ke paras dada atau pinggang. Panjang yang biasa-biasa yang tidak pendek. Haha. Faham ka? Tak faham sudah.

Selama aku hidup ni, aku terfikir. Apa salahnya orang lelaki berambut panjang? Dan kenapa "rambut panjang" berada dalam senarai peraturan yang tidak dibolehkan? Dari dulu lagi sebenarnya aku fikir. Bermacam jenis soalan yang menerjah dalam kepala aku.

Antaranya:

1. Dari sudut agama, adakah lelaki berambut panjang berdosa dan tidak dibenarkan dalam Islam?

Tak pernah pula Islam syaratkan supaya lelaki kena berambut pendek. Ataupun, lelaki berambut panjang itu salah di sisi agama.

2. Adakah rambut panjang menentukan sikap seseorang? Adakah yang berambut panjang lebih jahat daripada yang pendek?

Ada ja aku tengok orang berambut pendek yang jahat. Even orang botak pun ada yang jahat.

3. Adakah berambut panjang menunjukkan tahap iman yang rendah?

Kahkahkah. Yang ni memang tak leh blah. Soalan macam ni pun boleh terlintas dalam kepala.

4. Adakah rambut panjang tak kemas?

Ada ja rambut panjang yang kemas. Bergantung pada yang menjaganya. Yang kata tak kemas tu, biasanya datang dari pandangan mata yang dengki dengan orang yang berambut panjang ni kot. Haha.

5. Adakah rambut panjang menghalang daripada menjadi insan berguna?

Kalau hang boleh ramal masa depan orang dengan hanya melihat kepanjangan rambut seseorang, memang hang hebatlah. Kahkahkah.

6. Adakah orang yang buat peraturan "tidak boleh berambut panjang" ni, rambut dia pendek dan dia cemburu dengan orang yang ada rambut panjang?

Entahlah. Aku pun tak tau apa masalah orang yang buat peraturan sebegini. Dengki kot? Mungkin. Entah dari planet mana dia ambil peraturan ni pun aku tak tau.

7. Adakah dengan berambut panjang, mencacatkan pemandangan mata orang lain? Atau tiba-tiba boleh buat orang sakit hati?

Bila hang terjumpa orang yang rambut panjang di tengah jalan, macam lah hang serabut gila tengok dia. Tak ada kan? Aku rasa hang buat tak tau ja golongan yang rambut panjang ni. Tak penting pun bagi hang. Lain lah mereka kacau duit hang. Ye dak?

Jadi, apa sebenarnya "salah" kami(yang berambut panjang) untuk berambut panjang di tempat/institusi tersebut? Salah kat mana?


Ekceli, banyak lagi aku nak persoalkan. Sampai sekarang aku masih tak faham apa salah berambut panjang sehingga perlu diletakkan dalam senarai peraturan sekolah, kolej, mahupun universiti.

Selama aku duk langgar peraturan yang aku fikir entah apa-apa ni, tak pernah pula tindakan aku ni memberi kesan negatif pada sesiapa, malah kepada diri aku sendiri pun tidak.

Yang nak buat peraturan tu, please lah. Fikirlah dulu apa objektif yang hang nak capai dengan peraturan yang hang buat tu. Kalau tak beri apa-apa kesan, baik tak payah lah. Hang menghalang hak orang lain tu ada lah.

Contoh mudah, aku suka makan nasik ayam. Hang pula suka makan nasi kerabu. Dalam masa yang sama, aku tak suka makan nasik kerabu dan hang pula tak suka makan nasik ayam. Perlukan hang paksa aku untuk suka apa yang hang suka makan? Tak, kan?

Jadi, perlukah paksa kami yang berambut panjang untuk berambut pendek?
Bukan apa. Cuma nak beritahu, setiap orang ada perkara yang dia minat dan suka. Setiap orang tak sama minat. Setiap orang ada hak. So, kena lah belajar respect hak orang lain.

Di usia muda ni lah aku nak rasa nikmat berambut panjang pun. Nak tunggu umur 30 tahun ke atas? Entah panjang ke tak rambut masa tu. Al maklumlah. Asyik makan makanan yang tak berkhasiat ja. Banyak MSG pula tu. Takut rambut ni malu-malu nak tumbuh ja masa umur 30-an nanti. Haha.

Hmm. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang perlu difokuskan berbanding dengan peraturan yang entah apa-apa ini. Lebih baik fokuskan masalah sosial ka, masalah pakaian yang seperti telanjang ka, ataupun masalah kebajikan ka. Ada juga faedahnya.

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah diajar untuk menghakimi seseorang berdasarkan penampilan. Ada saja orang yang penampilannya biasa-biasa saja, tetapi hati nuraninya baik. Dan ada saja penampilan berambut pendek, berpakaian mahal, bertali leher, tetapi dia lah yang tipu dan rembat harta orang. Dua jenis golongan itu, mereka pernah dekati kehidupan aku.

Okay, setakat itu saja lah. Kalau ada yang nak tambah, boleh lah tambah. Mohon juga buah pandangan daripada anda yang membaca. Apa pun, aku tak salahkan peraturan ini dibuat. Tapi aku lebih kepada tak puas hati atas sebab apa peraturan ni dibuat. You feel me?

Sekian.

Hak rambut panjang,
hak peribadi aku.

12 comments:

salam semua..agak menarik topiknya ni..haha
untuk yg no.1 & 3 tu, dari sudut agama mmg tak pernah sentuh pasal rambut ni..tapi hadis nabi Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Riwayat dari Ibnu Abbas r.a dlm Hadis Sahih Bukhari,
"Rasulullah s.a.w.melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki.” (HR. Al-Bukhari no. 5885, 6834)

bermbut pnjg boleh, tp jgn sekali pandang nmpk mcm perempuan sudah..tambah2 kalau muka jambu2 korea..bukan apa, ditakuti datang fitnah je..hak berambut pnjang, mmg hak peribadi..hak beragama juga hak peribadi, & islam ada panduannya sendiri..sekadar perkongsian..wallahualam..

(p/s: saya pon berambut pnjg jugak..)
=)

31 May 2014, 18:39:00 comment-delete

Tak salah. Lelaki berambut panjang ialah lelaki yang paling rare. Lelaki yang berambut panjang is such a 'turn on' kepada perempuan yang rare. Haha:)

12 Jun 2014, 01:31:00 comment-delete

heeeheeheeehee...actually saya suka style rambut ta terlalu pnjang dan tak terlalu pendek..senang utk digayakan.......heehehehehe :D
stereotaip terhadap jejaka rambut panjang nih gangster sukar di ubah..nabi muhammad sedirik rambut panjang parasa bahu tp still nampak kemas :D

12 Jun 2014, 21:45:00 comment-delete

Bagi KN tak ada salahnya lelaki nak berambut panjang... hak masing2. Tapi bagi KN juga, lelaki yang berambut panjang ni tak boleh le nak marah kepada wanita2 yang tak suka lelaki berambut panjang walau apa pun alasan mereka! Hak masing2 kan? hehe... PEACE!

18 Jun 2014, 10:06:00 comment-delete

yg penting rambut panjang tu mesti kena kemas . bru macho :D macam ag coco , dia rmbut panjang . hensem :D haha

21 Jun 2014, 08:59:00 comment-delete

support

29 Apr 2016, 22:17:00 comment-delete

Bukan hanya zaman belajar , time kerja pun x boleh nk berambut panjang ( bukan panjang sngt pun ) . Boss suruh jatuhkan rambut ke bawah. Jgn buat spike. Rambut lelaki kena sama mcm org lain. Bosan la... xda trademark diri sendiri

15 Feb 2017, 13:22:00 comment-delete

yuhuuuu kabar gembira untuk kalian pecinta gadget...
http://zapplerepair.com/iPhone-6-lcd-ada-bayangan-hitam-diganti-baru-juga-sama.html
http://zapplerepair.com/iPhone-6S-masalah-lcd-display-kadang-mau-muncul-kadang-engga.html
http://zapplerepair.com/perbedaan-antara-lcd-iPhone-original-sama-iPhone-lcd-ori-kaca-palsu.html

5 May 2017, 20:47:00 comment-delete

df

sya
4 Aug 2017, 04:10:00 comment-delete

klu berambut panjang smpai kaki pun klu berjambang dan nampak lelaki takkan still tak bole disebabkan alasan nampak mcm perempuan dan kekemasan sedangkan ianya sunnah

16 Apr 2020, 16:11:00 comment-delete

Menyerupai perempuan tu dari jenis pemakaian dan alat perhiasan mcm rantai gelang dan make up. Lelaki xdenmasalah pakai cin cin dn rambutvpanjang pun. Nabi pun rambutvparas bahu. Tulis hadis sekali dgn terjemahan ulama please. Jgn sekerat jalan.

28 Sept 2020, 18:00:00 comment-delete

Aku pon berambut panjang jugak,klo ikut sunnah nabi ade 3 fesyen,wafrah(rambut separas bawah daun telinga),limmah(rambut melebihi paras dagu),Zimmah(rambut mencecah bahu),rambut aku kategori limmah,ukuran rambut tu adalah mengikut rambut bahagian depan jika ditarik,gaya bentuk rambut nabi belah tengah & tarik belakang

23 Dec 2020, 23:02:00 comment-delete

Post a Comment

Penafian :

Anda sama sekali tidak dipaksa untuk bersetuju dengan segala isi kandungan di dalam blog ini. Setiap daripada kita memiliki ilmu, pengalaman, kemahiran, dan juga cara berfikir yang sudah tentunya berbeza. :-)