Jadi engineer, kaya ke?

Saya terbaca satu entry sebuah blog milik seorang engineer. Tajuk entry beliau, "Engineer, kaya ke?" telah menarik minat saya untuk membaca entry tersebut. Lagipun, tajuknya ada kaitan dengan bidang yang saya tengah ambil sekarang ni. Jom ikuti cerita beliau.

--------------

18 Julai 2013.

Tarikh ni, menandakan sudah sepuluh (10) bulan saya bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat kecil. Syarikat yang kalau orang dengar akan tanya saya balik:

"Oh, company yang buat handphone tu eh?"

Company apa, cubalah teka.

Dua bulan lagi cukuplah setahun saya kerja kat situ.

Apa yang best jadi engineer ni? 

Apa yang anda fikirkan bila disebut "engineer"?

Gaji besar? Banyak travel? Awek ramai? Status tinggi?

Pada adik-adik yang baru lepas SPM dan memikirkan untuk ambil jurusan kejuruteraan, digalakkan untuk baca post ni sampai habis.

#saya sebenarnya tak suka guna bahasa rojak di dalam penulisan, tapi memandangkan post ini ada istilah teknikal yang agak janggal kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu, maka.....expect the best of mix language in this post!

Yang pertama, minat.

Pastikan anda meminati bidang yang bakal anda ceburi. Untuk jadi seorang jurutera atau lebih glamour disebut engineer, tanpa minat, kerja anda akan terasa susah, letih, dan membosankan kerana ianya amat berkait rapat dengan pengetahuan teknikal anda. Kalau anda seorang yang kompeten dan ingin belajar, tak ada masalah tapi kalau sebaliknya, tepuk dada tanyalah ilmu cukup ke tak =)

Selalunya orang taknak kerja ni sebab kalau kerja kat field, kita terdedah kepada 4D ni iaitu Dirty, Dangerous, Difficult dan jugak Downpaid.

Baiklah, mula-mula sekali kena tahu cabang-cabang engineer ni. Asasnya ada 4 cabang tradisional - Awam/Civil, Mekanikal, Elektrik, dan jugak Kimia/Chemical. Software engineering, sound engineering, biomedical engineer semua tu adalah lanjutan dari 4 bidang asal ni.

Bidang-bidang ni ada kelebihan/kekurangan sendiri. Minat yang mana, kenalah pandai pilih.

Ringkasnya:

  • Civil: buat bangunan, kaji tanah (geotechnic), kaji air, dan jugak highway serta jalan raya.
  • Mechanical: mesin besar-besar macam gas turbine, automotif, pendek kata jentera-jentera yang menggunakan konsep mekanik.
  • Electrical: Ini cabang yang saya belajar (jadi saya lebih bias sikit kat sini haha). ada dua pecahan besar iaitu elektrical dan electronics. Electrical - main dengan benda high voltage seperti power plant, transmission, distribution, pendek kata apa yang TNB buat tu, adalah di bawah electrical. Electronics untuk barang-barang low voltage macam semiconductor, buat IC (integrated circuit), control system, buat handphone, telecommunication (maxis celcom digi gps semua masuk bawah ni).
  • Chemical: Kejuruteraan kimia asasnya untuk barang-barang manufacturing (polimer, buat cat, barang plastik). Oil and gas juga termasuk bawah kejuruteraan kimia ni. 

Yang kedua, gaji dan skop beban kerja.

Harus diingat gaji engineer ni nampak je macam besar..Tapi sebenarnya lebih miskin dari kuli. Kenapa? baca sampai habis, sebab jawapannya ada di dalam perenggan-perenggan seterusnya.

Ramai orang bila sebut engineer, diorang akan fikir semua engineer ni kaya-kaya. Sebenarnya tak begitu. Itu terpulang kepada bidang apa yang dia masuk. Adakah bidang construction? oil and gas (O&G) ? manufacturing macam kilang-kilang tu? atau pun service provider?

Kalau ukur dari segi gaji, memang O&G yang paling mahal bayarannya. Tapi kena ingat, nak masuk industri ni bukanlah semudah dijangka. Dan beban kerja di pelantar tu bukan semua orang dapat tahan. Ini lain entri nanti saya cerita.




Construction punya gaji tengok jugak anda di line mana. Projek atau servis? Kalau projek, gajinya lebih besar tapi selalunya engineer yang buat projek ni kerja secara kontrak sehinggalah projek tersebut tamat. Oleh sebab tiada jaminan kontrak akan disambung maka gaji mereka selalunya lebih besar. Selepas tamat tempoh kontrak, kalau tak ada projek baru maka engineer ni carilah kerja di tempat lain. 

Ada juga project engineer yang digaji secara tetap oleh syarikat. Tapi selalunya gaji mereka pun tak banyak sebab sekiranya projek tahun tu lembab, syarikat masih ada duit untuk bayar mereka walaupun projek tak ada. Kalau projek lebat, merekalah antara yang paling banyak bonus tahun tu. Skill yang diperlukan selalunya technical drawing tak kiralah guna Computer Aided Diagram (CAD) software yang mana pun. 

Berbeza dengan service engineer, sekiranya klien masih menggunakan barangan yang syarikat mereka jual, tak kira ada projek baru atau tak ada pun, khidmat mereka masih diperlukan kerana mesin-mesin itu tetap perlu diservis secara berkala. Jadi selalunya kerja service engineer ni lebih terjamin mengikut installed base mesin yang dijual oleh syarikat berkenaan. Cuma kerja service engineer kelihatan lebih macam kuli sebab mereka ada hands-on skill dan jugak troubleshooting skill. Nampak macam technician pakai baju kotor, rupanya engineer ada degree.

Jenis engineer yang ketiga ni saya paling tak suka, iaitu sales engineer. Bila saya kata tak suka tak bermakna engineer ni tak bagus. Kerjanya bagus sebab inilah sumber pendapatan bagi syarikat sebenarnya. Saya tak suka sebab saya tak suka buat sales. Itu aje. Engineer ni akan buat sales mengikut pengetahuan teknikal untuk meyakinkan klien sama ada barang mereka ni ikut spec atau tak, dan kalau specnya sama dengan competitor, kenapa barang mereka lebih baik dari yang lain? Ini kerja mereka untuk menggunakan pengetahuan teknikal dalam usaha meyakinkan pelanggan. Gajinya biasa-biasa tapi ada komisen atas jualan. Jual banyak, komisen pun banyak. Satu equipment pun harga ratus-ratus ribu, kalau jual satu pun dah berapa agaknya komisen diorang? Pendek kata, kerjanya macam salesman. Cuma ada kelas sikit sebab "engineer". 

Kalau mahu lebih berjaya, jadilah engineer dengan title IR. Commercial valuenya lebih. Harga yang dibayar untuk kerja anda pun lebih. Risiko pun lebih.

Yang ketiga, risiko

Seperti yang saya dah beritahu awal tadi, kerjanya bahaya, kotor, sukar dan gajinya rendah.

Disebabkan bahaya, maka risikonya ada. Contoh macam elektrik, bendanya kita tak nampak. Tapi kalau terkena? Lebih-lebih lagi high voltage.

Design failure juga termasuk dalam risiko. Kalau salah design, kos projek dah berjuta dikeluarkan, siapa yang nak disalahkan? Engineer jugak. Contoh terbaik, gambar di bawah ni.



Yang keempat, masa

Harus diingat kerja sebagai engineer adalah kerja yang tak ada waktu pejabat. Waktu kerja mungkin 24 jam sehari, atau pun 7 hari seminggu bergantung kepada keperluan.

Oleh sebab itu gaji engineer tak dikira besar sebab mereka kerja around the clock! Kalau orang biasa gaji RM 2,000 tapi kerja 9 pagi-6 petang, engineer yang gaji RM 3,000 kerja 24 jam! Iaitu 8 jam waktu biasa dan selebihnya standby.

Pengiraan mudah untuk waktu kerja 8 jam sehari, 

Orang biasa yang kerja pejabat:

RM 2,000/20 hari (5 hari seminggu X 4 minggu) = RM 100 sehari. 
Jadi kerja 8 jam = RM 12.50 sejam.

Engineer yang kerja 12 jam:

RM 3,000/20 hari = RM 150 sehari. 
Tapi... RM 150/12 jam = RM 12.50.

Sama je macam orang kerja pejabat. Jadi di mana besarnya gaji engineer ni?

Nampak besar sebab lebih seribu tapi sebenarnya, kita bayar harga seribu tu dengan masa kita.

Dan ada jugak yang dibayar standby allowance termasuk kerja sabtu ahad, tapi selalunya kan, RM 500 yang dibayar tu tak setimpal dengan masa kita yang terbuang bila standby sebab kena standby 24 jam.




Yang duduk di pelantar, anda kerja 12 jam sehari dan elaun anda dibayar dalam hari. Lagi 12 jam anda boleh rehat. Tapi selalunya diorang akan kerja jugak waktu rehat tu. Sebab apa? Kat atas pelantar tu bukannya ada apa sangat. Kiri laut, kanan pun laut. Depan belakang tak payah cerita. Daripada tengok laut, baik diorang kerja, betul tak? 

Dan kawan saya yang kerja di SLB (Schlumberger) dah berapa bulan tak balik. Baru balik sehari, dah dipanggil semula ke laut. Duit banyak, masa untuk family pun takde. 

Kalau engineer lain pun sama juga.

Kalau machine down tengah malam buta, anda kena bangun dari tidur untuk troubleshoot mesin tu, dan selalunya mesin takkan siap dalam 1-2 jam kalau mesin mahal. Kalau projek anda belum siap, sedangkan deadline dah hampir, maka bersengkang matalah buat kerja sampai siap. Kalau kena outstation 3 bulan, 3 bulanlah anak isteri ditinggalkan. 

Tanyalah pada engineer yang dah ada pengalaman, pasti mereka akan kata, ada jugaklah time yang aku kena kerja tak tidur 3 hari straight. Tapi pengalaman tu menyeronokkan.

Kesimpulan

Akhir kata, nak jadi engineer ni bukanlah mudah. Dan di Malaysia ni engineer sering dianaktirikan berbanding doktor dan jugak kerjaya lain sebab field engineer selalunya kelihatan macam kuli aje.

Namun, kita harus sedar yang engineer adalah penyumbang kepada kemajuan tamadun, juga menyumbang kepada pembangunan negara.

Trust me, I'm an engineer!

--------------

Itu apa yang engineer tu kata. Mungkin betul, mungkin tidak. Terpulang kepada anda untuk menilai. Cumanya, apa yang saya kongsikan kepada anda adalah untuk memberikan anda sudut pandang yang berbeza berkaitan dengan kerjaya sebagai engineer.

Bagi saya, dalam bab kerjaya, minat dan gaji kena bergerak seiring!

~ Kredit kepada Ir. Zaren


2 comments:

Post a Comment

Penafian :

Anda sama sekali tidak dipaksa untuk bersetuju dengan segala isi kandungan di dalam blog ini. Setiap daripada kita memiliki ilmu, pengalaman, kemahiran, dan juga cara berfikir yang sudah tentunya berbeza. :-)