Graduan baru : Gaji RM2500 tak cukup?

Zaman sekarang merupakan zaman yang agak ‘menekan’ jiwa dan raga kita semua. Saya pasti anda juga akan bersetuju dengan kenyataan saya ini.

Mana tidaknya, dengan isi-isu ekonomi semasa yang makin hari makin menjadi-jadi. Tentu anda sendiri dah mula ‘naik muak’ dengan berita-berita terkini yang terpampang di dada akhbar dan kaca TV mengenai kos sara hidup yang kian meningkat.

Tarif elektrik dah naik, kadar tol dah naik, harga-harga barang-barang runcit makin mahal, harga minyak petrol pun memang nampak tak turun-turun harganya. Senang kata, sekarang ini semuanya mahal belaka dan kenaikan gaji pula adalah sangat perlahan.


Menurut laporan daripada EPF (Employees' Provident Fund) atau KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), data menunjukkan bahawa 78.6% rakyat Malaysia berpendapatan RM3000 atau kurang, manakala 12.4% berpendapatan antara RM3000-RM5000, dan 6% berpendapatan antara RM5000-RM10000.

Graduan baru merupakan salah satu golongan yang turut merasa economy pressure dek kenaikan kos sara hidup. Mojoriti gaji fresh graduate untuk kelulusan degree pada hari ini adalah antara RM1800-RM2500 iaitu berada dalam golongan 78.6%. 

Persoalannya, cukup ka dengan gaji RM2500?

Nanti ada pula yang cakap pada saya,"Eh, abang saya baru dapat kerja, dia dapat gaji RM3000 lebih."

Jadi, saya jawab siap-siap lah: Saya ambil majoriti, bukannya individu.

Dan nanti ada pula yang tambah, "Ala, baru mula kerja, tak kan lah nak gaji terus RM5000!"

Jadi, lagi sekali saya jawab siap-siap: Masalahnya sekarang ni gaji yang sedia ada tidak mencukupi. Kalau setakat ada gaji, tapi habis bulan itu sahaja, dah tu, bila nak ada simpanan? aset?

Ok, senang cerita, jom lihat perbandingan yang dibuat oleh saudara Anas.

"Satu lagi isu besar ialah kuasa membeli rakyat.  Pendapatan tinggi semata-mata tidak semestinya diterjemahkan ke dalam kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik sekiranya pendapatan tinggi tidak boleh memberi rakyat kuasa membeli yang tinggi. Analisis mudah akan menunjukkan bagaimana seorang graduan pada 1980 mempunyai kuasa membeli lebih tinggi dibandingkan dengan graduan pada hari ini.  Dengan anggaran gaji asas RM1,000 seorang graduan boleh memiliki sebuah Opel Gemini berharga RM12,400 atau 12 bulan gajinya dan membeli sebuah rumah yang baik, mungkin di Taman Tun, berharga RM62,000 atau 56 bulan gajinya.
Hari ini, dengan bayaran pokok sebanyak RM2,500 atau hanya 2.5% tinggi daripada graduan tahun 1980, sebuah Mazda 6 sekarang berharga RM178,000 atau lebih kurang 71 bulan gaji bulanannya dan sebuah rumah yang baik jauh di luar Kuala Lumpur, katakan di Nilai yang berharga RM350,000 atau 140 bulan gaji bulanannya.  Kos sara hidup telah meningkat dengan sangat tidak masuk akal dan kuasa membeli seorang pekerja secara puratanya telah berkurangan dengan sangat nyata."Anas Alam Faizli (penulis buku Malaysia Kaya, Rakyat Miskin)

*Untuk pembacaan penuh artikel, klik sini.
Dan ini adalah berita Kosmo online bertarikh 15/4/2014 . Hampir 77% siswazah baru yang bekerja tiada wang simpanan. Ini menunjukkan gaji yang diperolehi setiap bulan tidak mencukupi atau mungkin hanya mencukupi untuk bulan itu sahaja. Itu pun kalau mengurus kewangan dengan baik dan berjimat cermat.

Untuk pembacaan penuh, klik sini.
Kesimpulan

Jadi, mahasiswa yang sedia ada di setiap institut pengajian tinggi, perlulah sedar bahawa kehidupan selepas tamat pengajian adalah sangat mencabar untuk generasi sekarang ini. Dan mahasiswa juga perlu sedar, majoriti yang baru tamat belajar di universiti untuk menempuh alam pekerjaan bukannya bermula dengan status kewangan kosong, tetapi bermula dengan status kewangan negatif, iaitu -RM(jumlah pinjaman).

Oleh itu, bagi pendapat saya, mahasiswa pada hari ini bukan sahaja perlu membuat persiapan dari sudut ilmu untuk alam pekerjaan nanti, malah juga perlu membuat persiapan dari sudut ekonomi diri untuk menempuh alam selepas belajar. Buatlah sesuatu yang bermanfaat selama belajar bertahun-tahun di universiti selain daripada belajar.

*Bacaan untuk mahasiswa UTHM : Potensi Perniagaan Di Sekitar UTHM

"Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak
belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita
menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar
cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan
wang bekerja untuk kita.

Robert T. Kiyosaki


0 comments:

Post a Comment

Macam mana mamak ada di setiap "corner"?

Entry kali ni adalah berkaitan dengan restoran mamak. Iaitu tempat yang saya selalu lepak dengan sahabat-sahabat saya untuk tengok bola. Boleh dikatakan setiap kali ada game yang sengit, kami akan keluar tengok bola di mamak. Terutamanya game yang melibatkan Manchester United (MU) sebab saya ni penyokong sejati MU (sejak zaman Ruud Van Nistelrooy). Yeahh. #GGMU. Haha.

"Eh, ni nak sembang pasal mamak atau bola ni?" -_-

Okay, kita kembali ke objektif asal tajuk entry ini. Apapun, entry saya ini bukanlah nak berkongsi tentang resepi masakan mamak, atau nak bincang sedap atau tak sedap makanan mamak, dan jauh sekali untuk bincang tahap kehenseman mamak. :D

Cumanya, saya ingin berkongsi macam mana restoran mamak ada banyak terutamanya di bahagian corner rumah kedai. 



Di sekitar UTHM sahaja, ada 4 restoran mamak. Banyak, bukan? Nak tahu kenapa ada banyak? baca sini.

Secara peribadi, apa yang saya tahu tentang perniagaan mamak ni, tak lah banyak pun. Apa yang saya tahu, mereka ni ada persatuan mereka sendiri. Lagi satu, sebagai contoh, kalau owner restoran mamak tu dah tak dapat nak teruskan perniagaannya, mamak lain pula akan ambil alih dan beli restoran tersebut. Tak pernah lagi kita lihat restoran mamak ditutup dan kemudiannya diganti kedai lain. Yang bertukar hanya owner saja.

Jadi, persoalannya, macam mana mamak boleh dominasi bahagian corner lot?

Pertamanya, mamak menyewa bahagian corner sebab di situ mempunyai ruang yang lebih luas. Walaupun kadar sewaannya lebih tinggi berbanding yang tengah, corner lot ada kelebihannya bagi mamak. Dah lah ruang luas, siap tambah lagi kerusi meja di luar restoran dan siap pasang screen besar lagi. Mungkin itu antara beberapa sebab kenapa mamak suka sewa di bahagian corner.



Itu apa yang saya tahu. Kalau nak tahu lebih lanjut, cari lah buku Rahsia Bisnes Mamak. Haa..bukan calang-calang bisnes style mamak ni. Siap ada orang tuliskan buku lagi.


Tapi yang agak pelik, bukan sahaja ada restoran mamak 24 jam, ada pula restoran mamak yang 25 jam. Yang 25 jam tu, saya tak tahu dari mana dia dapat lagi extra 1 jam. Haha. Mungkin sekadar gimik ja kot.

Dan ini pula maklumat yang saya dapat dari status facebook saudara Saiful Nang tentang mamak. Jom ikuti perkongsian beliau.

INI SEBAB BAGAIMANA MAMAK ADA DI SETIAP "CORNER"? 
Saya berbual dengan Haji Nasir, seorang India Muslim yang datang ke Malaysia 30 tahun dahulu. Beliau kini seorang pengusaha restoran mamak 24 jam. Semasa datang dahulu, beliau dibawa masuk oleh Haji Kassim Ali meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil di India. Kontrak beliau dengan Haji Kassim ialah bekerja TANPA GAJI. Bukan tiada gaji TETAPI, JIKA gaji sepatutnya RM1000 beliau tidak dibayar tunai. Hanya sekadar RM200 untuk dihantar ke kampung, RM800 lagi disimpan oleh majikannya Haji Kassim. Tempat tinggal, makan dan telefon ke kampung sekali sekala ditanggung majikannya.

Selepas 5 tahun bekerja 18 jam sehari tanpa gaji dan tanpa cuti walaupun hari Sabtu dan Ahad, beliau sudah mempunyai PENGALAMAN YANG LUAS dan MODAL YANG CUKUP.

Lalu Haji Kassim membantu beliau membuka sebuah restoran sendiri dengan wang simpanannya sendiri dan dibantu dari segi khidmat nasihat berterusan oleh bekas boss nya. Mentor Mentee sudah berlaku waktu ini.

5 TAHUN BERPUASA menahan diri dari nak beli apa-apa sahaja kemahuan diri telah menjadi modal. PASTINYA modal itu ada darah dan peluh berkolam-kolam yang pernah dilaburkan. Pasti kesungguhannya untuk menjayakan perniagaan itu lebih tinggi dari mereka yang mendapat bantuan mikro-kredit dari bank untuk buka kedai.

Sekarang, beliau sudah ada rangkaian kedai mamak. Tak banyak pun, cuma sekadar 4 cawangan. Beliau dah bawa anak dan isteri ke sini pada tahun ke-8. Beliau masih lagi memandu van Vannette lama walaupun rumahnya sebuah banglo besar dan anak-anaknya semua graduan perubatan dan kejuruteraan dari UK & USA.

Apa alasan kita?

Ternyata, berdasarkan perkongsian tersebut, bukan senang untuk seseorang memperoleh kejayaan dalam perniagaan, tak kira lah dia melayu, cina, india, atau mamak sekalipun. Sebabnya, kejayaan tidak datang bergolek kepada kita. Ianya perlukan kerajinan, pengorbanan, dan juga komitmen yang tinggi tanpa kenal erti putus asa.

Dari sudut pandang bisnes, saya agak kagum dengan perniagaan restoran mamak. Di restorannya, banyak menu makanan dan minuman. Walaupun harga-harga yang dikenakan agak mahal, dan kualiti kebersihan yang kadang-kadang boleh dipertikaikan, tetapi tetap ramai orang! Terutamanya bila ada game bola, fuhh..penuh!


Bacaan seterusnya: Graduan Baru: Gaji RM2500 tak cukup?

0 comments:

Post a Comment

Potensi perniagaan di sekitar UTHM

Tahukah anda?

1) Sehingga bulan Jun 2013, data menunjukkan seramai lebih 14000 pelajar yang telah mendaftar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (rujuk sini). Dan jumlah pelajar UTHM sekarang ini adalah lebih kurang 15000~16000 orang ekoran pertambahan kursus dan fakulti yang baru diperkenalkan.




2) Okay. Seterusnya, saya akan kaitkan data di atas untuk memberikan anda gambaran tentang potensi perniagaan di sekitar UTHM.

Sekarang, jom buat anggaran kasar berdasarkan majoriti. Katakanlah setiap pelajar membuat pinjaman PTPTN. Jadi, setiap pelajar akan mendapat pinjaman PTPTN sebanyak RM3500/semester.

sewa rumah/kolej kediaman = RM 600
                yuran pengajian = RM 900
                                   baki = RM 2000 

3) Andaikan, RM1000 daripada jumlah RM2000 tersebut dibelanjakan oleh pelajar di tempat lain. Dan hanya lagi RM1000 daripada baki tersebut dibelanjakan disekitar UTHM dan pekan Parit Raja, dalam tempoh satu semester.

4) Seterusnya, darabkan dengan jumlah pelajar yang ada.

RM1000 X 15 000 pelajar = RM15 000 000

Lebih kurang RM15 juta dibelanjakan oleh pelajar UTHM
dalam tempoh semester!


Pernah anda terfikir?

5) Itu baru saya andaikan separuh. Sekiranya pelajar totally belanja RM2000 setiap orang di sekitar UTHM-Parit Raja, berapa jumlahnya? Darab dua ja, kan?

Itu belum dicampur jumlah yang kita minta kat mak/ayah/abang/kakak setiap kali tiba hujung semester. Haha.
"Eh..jap.. Kita? Salah tu. Saya tak termasuk, ok!" :D

6) Cuba anda lihat di sekeliling anda. Di sekitar UTHM dan Parit Raja sahaja, sudah ada:

McD, KFC, 3 buah kedai 7Eleven, Cool Blog, 2 pasaraya besar Wellward, 4 restoran mamak, dan bermacam-macam lagi perniagaan (seperti kedai baju, kasut, cermin mata, dan lain-lain) dan yang terbaru, Pizza Hut dan Secret Recipe.

Itu yang saya senaraikan perniagaan-perniagaan yang besar dan berjenama, tidak termasuk berpuluh-puluh kedai makan sepanjang jalan. Banyak, bukan?

7) Persoalannya, kenapa gergasi besar seperti McD, KFC, 7E, Pizza Hut, dan lain-lain BERANI untuk buka di sekitar UTHM?

Sudah pasti tidak lain tidak bukan adalah kerana potensi yang ada. Dengan jumlah pelajar UTHM yang belasan ribu, dicampur dengan penduduk tempatan, dan juga ribuan pekerja dari berpuluh kilang yang ada, sudah pasti kawasan UTHM-Parit Raja ini sangat berpotensi.

Dan sekiranya kita sebagai orang biasa yang mahu membuka perniagaan di sesuatu tempat, kita cuma ikut sahaja syarikat-syarikat gergasi seperti KFC, McD, Pizza Hut, dan lain-lain. Sebab apa?

Sebabnya, jika syarikat-syarikat gergasi besar seperti mereka ingin membuka cawangan/francais perniagaan mereka, sudah tentu mereka akan terlebih dahulu membuat research/kajian/kajiselidik tentang potensi, kepadatan, dan siapa yang menjadi target kepada pasaran mereka. So, kita tidak perlu lagi susah payah buang masa, kos, untuk buat apa-apa kajian. Pendek kata, di mana ada mereka, kita follow ja, senang! :D

8) Dan ini pula info tambahan. Berita dari akhbar Utusan Malaysia online bertarikh 26/2/2014 tentang potensi UTHM dalam memajukan Parit Raja.

*walaupun saya 'tak berminat' dengan akhbar ini, tapi ini ja satu-satunya yang saya jumpa yang berkaitan dengan tajuk entry ini. haha. ;)


Untuk pembacaan penuh, klik sini.
9) Apa yang saya cuba kaitkan adalah, dengan potensi dan bilangan pelajar UTHM yang begitu ramai, ianya telah meyakinkan orang luar untuk berniaga di sekitar UTHM-Parit Raja. Yang menghidupkan dan mengkayakan perniagaan-perniagaan tersebut siapa? Sudah tentu majoritinya adalah daripada kalangan pelajar universiti.

10) Pelajar di UTHM atau di mana-mana universiti pun, adalah silih berganti. Yang tahun akhir, akan keluar, yang tahun pertama pula akan masuk. So, market di kalangan pelajar sentiasa fresh dari tahun ke tahun. Dan pernah anda dengar UTHM akan ditutup? Setakat ni tak pernah dengar lagi lah ada universiti yang ada kemungkinan ditutup. Kalau universiti yang tengah membangun macam UTHM, akan diperbesarkan lagi ada lah, kan?

11) Jadi, kita sebagai mahasiswa/i yang dikatakan mempunyai pemikiran yang hebat dan kritis, kenapa kita tidak membuat sesuatu yang berbentuk perniagaan yang dapat merebut secara sihat daripada jumlah seperti yang dinyatakan di perkara 3? *amboi ayat aku, tak leh blah. :D


P/S: Hangpa buat la aktiviti niaga apa pun, asalkan tidak mengganggu pelajaran. Carilah mana-mana peluang yang ada. Kalau takdak, hangpa cipta peluang sendiri. Itu lagi superb! Aku pasti apa saja jenis niaga yang hangpa buat, ianya akan develope diri hangpa ke level yang lebih tinggi. Mana tahu perniagaan kecil-kecilan yang hangpa buat dan ilmu-ilmu niaga yang hangpa kutip semasa di universiti, benda tu akan berkembang jadi BESAQ dan seterusnya membantu kehidupan hangpa selepas habis pengajian. Nasihat aku, jangan duduk hadap buku akademik saja! Keluar bilik, dan teroka dunia. Good Luck!


5 comments:

Post a Comment

Penafian :

Anda sama sekali tidak dipaksa untuk bersetuju dengan segala isi kandungan di dalam blog ini. Setiap daripada kita memiliki ilmu, pengalaman, kemahiran, dan juga cara berfikir yang sudah tentunya berbeza. :-)