Macam mana mamak ada di setiap "corner"?

Entry kali ni adalah berkaitan dengan restoran mamak. Iaitu tempat yang saya selalu lepak dengan sahabat-sahabat saya untuk tengok bola. Boleh dikatakan setiap kali ada game yang sengit, kami akan keluar tengok bola di mamak. Terutamanya game yang melibatkan Manchester United (MU) sebab saya ni penyokong sejati MU (sejak zaman Ruud Van Nistelrooy). Yeahh. #GGMU. Haha.

"Eh, ni nak sembang pasal mamak atau bola ni?" -_-

Okay, kita kembali ke objektif asal tajuk entry ini. Apapun, entry saya ini bukanlah nak berkongsi tentang resepi masakan mamak, atau nak bincang sedap atau tak sedap makanan mamak, dan jauh sekali untuk bincang tahap kehenseman mamak. :D

Cumanya, saya ingin berkongsi macam mana restoran mamak ada banyak terutamanya di bahagian corner rumah kedai. 



Di sekitar UTHM sahaja, ada 4 restoran mamak. Banyak, bukan? Nak tahu kenapa ada banyak? baca sini.

Secara peribadi, apa yang saya tahu tentang perniagaan mamak ni, tak lah banyak pun. Apa yang saya tahu, mereka ni ada persatuan mereka sendiri. Lagi satu, sebagai contoh, kalau owner restoran mamak tu dah tak dapat nak teruskan perniagaannya, mamak lain pula akan ambil alih dan beli restoran tersebut. Tak pernah lagi kita lihat restoran mamak ditutup dan kemudiannya diganti kedai lain. Yang bertukar hanya owner saja.

Jadi, persoalannya, macam mana mamak boleh dominasi bahagian corner lot?

Pertamanya, mamak menyewa bahagian corner sebab di situ mempunyai ruang yang lebih luas. Walaupun kadar sewaannya lebih tinggi berbanding yang tengah, corner lot ada kelebihannya bagi mamak. Dah lah ruang luas, siap tambah lagi kerusi meja di luar restoran dan siap pasang screen besar lagi. Mungkin itu antara beberapa sebab kenapa mamak suka sewa di bahagian corner.



Itu apa yang saya tahu. Kalau nak tahu lebih lanjut, cari lah buku Rahsia Bisnes Mamak. Haa..bukan calang-calang bisnes style mamak ni. Siap ada orang tuliskan buku lagi.


Tapi yang agak pelik, bukan sahaja ada restoran mamak 24 jam, ada pula restoran mamak yang 25 jam. Yang 25 jam tu, saya tak tahu dari mana dia dapat lagi extra 1 jam. Haha. Mungkin sekadar gimik ja kot.

Dan ini pula maklumat yang saya dapat dari status facebook saudara Saiful Nang tentang mamak. Jom ikuti perkongsian beliau.

INI SEBAB BAGAIMANA MAMAK ADA DI SETIAP "CORNER"? 
Saya berbual dengan Haji Nasir, seorang India Muslim yang datang ke Malaysia 30 tahun dahulu. Beliau kini seorang pengusaha restoran mamak 24 jam. Semasa datang dahulu, beliau dibawa masuk oleh Haji Kassim Ali meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil di India. Kontrak beliau dengan Haji Kassim ialah bekerja TANPA GAJI. Bukan tiada gaji TETAPI, JIKA gaji sepatutnya RM1000 beliau tidak dibayar tunai. Hanya sekadar RM200 untuk dihantar ke kampung, RM800 lagi disimpan oleh majikannya Haji Kassim. Tempat tinggal, makan dan telefon ke kampung sekali sekala ditanggung majikannya.

Selepas 5 tahun bekerja 18 jam sehari tanpa gaji dan tanpa cuti walaupun hari Sabtu dan Ahad, beliau sudah mempunyai PENGALAMAN YANG LUAS dan MODAL YANG CUKUP.

Lalu Haji Kassim membantu beliau membuka sebuah restoran sendiri dengan wang simpanannya sendiri dan dibantu dari segi khidmat nasihat berterusan oleh bekas boss nya. Mentor Mentee sudah berlaku waktu ini.

5 TAHUN BERPUASA menahan diri dari nak beli apa-apa sahaja kemahuan diri telah menjadi modal. PASTINYA modal itu ada darah dan peluh berkolam-kolam yang pernah dilaburkan. Pasti kesungguhannya untuk menjayakan perniagaan itu lebih tinggi dari mereka yang mendapat bantuan mikro-kredit dari bank untuk buka kedai.

Sekarang, beliau sudah ada rangkaian kedai mamak. Tak banyak pun, cuma sekadar 4 cawangan. Beliau dah bawa anak dan isteri ke sini pada tahun ke-8. Beliau masih lagi memandu van Vannette lama walaupun rumahnya sebuah banglo besar dan anak-anaknya semua graduan perubatan dan kejuruteraan dari UK & USA.

Apa alasan kita?

Ternyata, berdasarkan perkongsian tersebut, bukan senang untuk seseorang memperoleh kejayaan dalam perniagaan, tak kira lah dia melayu, cina, india, atau mamak sekalipun. Sebabnya, kejayaan tidak datang bergolek kepada kita. Ianya perlukan kerajinan, pengorbanan, dan juga komitmen yang tinggi tanpa kenal erti putus asa.

Dari sudut pandang bisnes, saya agak kagum dengan perniagaan restoran mamak. Di restorannya, banyak menu makanan dan minuman. Walaupun harga-harga yang dikenakan agak mahal, dan kualiti kebersihan yang kadang-kadang boleh dipertikaikan, tetapi tetap ramai orang! Terutamanya bila ada game bola, fuhh..penuh!


Bacaan seterusnya: Graduan Baru: Gaji RM2500 tak cukup?

0 comments:

Post a Comment

Penafian :

Anda sama sekali tidak dipaksa untuk bersetuju dengan segala isi kandungan di dalam blog ini. Setiap daripada kita memiliki ilmu, pengalaman, kemahiran, dan juga cara berfikir yang sudah tentunya berbeza. :-)